Pages

Sunday, 30 September 2012

RPH: Adab-adab semasa di sekolah


1.0 Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh                                      : 27 September 2012
Hari                                         : Khamis
Masa                                       : 8.15 -8.45 pagi
Tahun                                      : 4 Bestari
Bilangan pelajar                        : 30 orang
Mata pelajaran                          : Pendidikan Islam
Bidang                                     : Adab dan Akhlak Islamiah
Tajuk                                       : Adab Semasa di Sekolah
Hasil pembelajaran                   : Di akhir pembelajaran, murid dapat:
 Aras 1 – Menyatakan empat adab di sekolah
 Aras 2 – Menyatakan empat cara memelihara harta benda                             
                 sekolah
  Aras 3 – Membezakan amalan beradab dan tidak                                                    
                  beradab semasa di sekolah
Pengetahuan sedia ada          : Murid pernah memungut sampah di kawasan sekolah
Penyerapan ilmu                    : Sivik
Penerapan nilai                      : Taat, bekerjasama
Kemahiran berfikir                  : Membanding beza faedah amalan beradab dan tidak                                                             
                                              beradab semasa di sekolah
Bahan sumber                       : Model sekolah, video, slaid, lembaran kerja

Langkah
Isi kandungan
Aktiviti P&P
Catatan

Pendahuluan

2 minit

Salam dan doa                        
-       Guru memberi salam dan murid menjawab salam
- Murid membaca doa beramai-ramai

Nilai:
Adab membaca doa
Set induksi

3 minit

Model sekolah
-       Guru menunjukkan model sekolah kepada murid
- Murid memerhatikan model sekolah
- Guru bersoal jawab dengan murid
-       Guru mengaitkan soal jawab dengan isi pelajaran
Bahan sumber:
Model sekolah

Teknik:
Soal jawab

Langkah 1

5 minit
4 adab di sekolah
-       Hormati warga sekolah
-       Taati perintah guru
-       Sayangi rakan sebaya
-       Hargai dan sayangi harta benda sekolah
-       Guru menayangkan video tentang adab-adab semasa di sekolah melalui LCD
-       Murid memberi perhatian terhadap video yang ditayangkan
-       Guru bertanya soalan kepada murid berkaitan adab-adab semasa di sekolah
-       Murid menjawab soalan guru

Bahan sumber:
Video

Teknik:
Soal jawab


Langkah 2

5 minit
4 cara memelihara harta benda sekolah
-       Gunakan peralatan dengan baik
-       Jimatkan penggunaan dan tidak membazir
-       Membuat laporan jika berlaku kerosakan
-       Mencuci tandas selepas digunakan

-       Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan mengikut warna
-       Guru menayangkan slaid tentang cara-cara memelihara harta benda sekolah
-       Murid melihat tayangan slaid dengan penuh tumpuan
-       Guru memanggil wakil murid membaca slaid di hadapan kelas
-       Murid yang lain mengikut bacaan slaid secara kelas dan berkumpulan

Bahan sumber:
Slaid

Teknik:
Kelas dan berkumpulan


Langkah 3

10 minit
Permainan model sekolah
-       Amalan beradab dan tidak beradab semasa di sekolah

-       Wakil setiap kumpulan diminta membuka laci pada model sekolah dan mengambil puzzle yang terdapat dalam laci
-       Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk menyambung puzzle dan membuat simulasi berdasarkan amalan yang dilekatkan pada puzzle
-       Murid lain meneka amalan yang ditunjukkan sama ada beradab atau tidak beradab sambil membuat isyarat
(Beradab - mengangkat ibu jari, tidak beradab - membuat isyarat pangkah menggunakan kedua-dua belah tangan)

Bahan sumber:
Model sekolah

Kaedah:
Simulasi

Nilai:
Kerjasama

Penutup

5 minit

Rumusan dan lembaran kerja
-       Guru mengulang kembali isi pelajaran
-       Guru merumuskan pelajaran
-       Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid

Bahan sumber:
Lembaran kerja

Kaedah:
Pengulangan


Ulasan kendiri:
____________________________________________________________________________________________________________________________________________
Ulasan guru pembimbing:
____________________________________________________________________________________________________________________________________________
Ulasan pensyarah pembimbing:
____________________________________________________________________________________________________________________________________________



No comments:

Post a Comment